ZFB Travel Guides

Pakej Cuti Sekolah 2025 Khas untuk Cikgu: Destinasi Menarik Bawah RM2000!

2024-10-28T13:37:26Z
Written by Faridah Ziyad

Cuti hujung tahun akan tiba! Kami faham bahawa cikgu-cikgu juga memerlukan masa untuk jalan jalan. Disini kami ada cadangan pakej percutian yang mesra poket, sesuai dengan jadual cuti sekolah, dan semestinya ada aktiviti membeli-belah, shopping + healing!

MBK Mall Bangkok - ZFB Travel Bangkok Tour

1. Bangkok, Thailand 🇹🇭

Anggaran Kos: RM1,951/pax

Kenapa Bangkok?

  • Masa penerbangan: 2 jam sahaja
  • Syurga membeli-belah: Platinum Fashion Mall, Chatuchak Weekend Market, Terminal 21, MBK
  • Unik: Bangkok Night Market, Asiatique, Floating Market
  • Mall T20: Icon Siam, Siam Paragon
  • Makanan halal mudah didapati dan sedap. Tomyum, seafood, pad kra pao, pulut mangga
  • Boleh jimat dengan menggunakan pengangkutan awam BTS/MRT, Tuktuk atau Grab

Bangkok Night Market - ZFB Travel Bangkok Tour

Damnoen Saduak Floating Market - ZFB Travel Bangkok Tour

2. Ho Chi Minh City, Vietnam 🇻🇳

Anggaran Kos: RM1,675/pax

Kenapa Ho Chi Minh City?

  • Penerbangan: 1 jam 45 minit
  • Pusat membeli-belah: Ben Thanh Market, Saigon Square
  • Warisan sejarah yang menarik
  • Barang Murah, tudung, telekung murah viral, kasut, jaket/suite pon siap 24 jam

Tip Penjimatan: Beli-belah di pasar tempatan dan nikmati makanan jalanan yang murah tetapi enak!

3. Jakarta, Indonesia 🇮🇩

Pasar Tanah Abang - ZFB Travel Jakarta Tour

Anggaran Kos: RM1,700/pax

Kenapa Jakarta?

  • Penerbangan: 1 jam 45 minit
  • Pusat membeli-belah moden: By The Sea @ PIK, Grand Indonesia, Plaza Indonesia, Senayan City, Pondok Indah Mall
  • Destinasi membeli-belah tradisional: Tanah Abang, Thamrin City
  • Beli apa? Kain lace, baju kebaya, telekung, local branded item, perfume (Alchemist)
  • Makanan halal senang. Sate Kambing, soto, nasi padang (PagiSore)
  • Tiada halangan bahasa kerana ramai yang faham Bahasa Melayu

Tip Penjimatan: Gunakan aplikasi Gojek/Grab untuk pengangkutan yang lebih murah dan selamat!

By The Sea @ PIK - ZFB Travel Jakarta Tour

Grand Indonesia and Pasar Santa - ZFB Travel Jakarta Shopping Tour

Panduan Tempahan

  1. Masa Terbaik Untuk Tempah:
    • Beli tiket kapal terbang 3-4 bulan awal, jangan lengah nanti tiket mahal
    • Manfaatkan promosi early bird
  2. Dokumen Penting:
    • Passport (minima 6 bulan validity)
    • Insurans perjalanan, kalau dengan kami, kami dah masukkan sekali.
    • Surat kebenaran cuti (Penting)
  3. Tip Tambahan:
    • Bawa kad kredit untuk emergency
    • Sediakan wang tunai tempatan
    • Muat turun aplikasi Grab/pengangkutan tempatan
    • Beli simkad tempatan untuk internet

Kesimpulan

Bercuti tidak semestinya mahal! Dengan perancangan yang bagus, boleh bercuti dengan jimat. Destinasi-destinasi ini sesuai untuk cikgu yang ingin berehat sambil membeli-belah dalam bajet RM2000. Nak senang, whatsapp kami je.

Follow Our Journey

Stay connected with us on social media and be the first to know about our latest updates, trips, and promos.

ZFB Travel - Facebook and Instagram