Kalendar Cuti Sekolah 2025: Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah di Malaysia

English Version

Kami telah mengumpulkan maklumat terkini terus dari Kementerian Pendidikan Malaysia, memudahkan anda merancang percutian dan aktiviti keluarga sepanjang tahun.

Dengan kalendar cuti sekolah 2025 yang lengkap ini, anda boleh:

  • Merancang percutian keluarga dengan tepat
  • Mengatur jadual kerja dan aktiviti
  • Memaksimumkan masa berkualiti bersama keluarga
  • Mengelakkan konflik dengan tarikh penting sekolah
Kalendar Cuti Sekolah 2025 - Senarai Cuti Umum & Cuti Sekolah

Mengapa Perlu Merancang Lebih Awal?

Perancangan awal adalah kunci kepada percutian yang lancar dan seronok! Dengan adanya jadual cuti sekolah 2025 ini, anda dapat:

  • Mendapatkan tiket pelancongan pada harga lebih rendah
  • Merancang aktiviti keluarga yang bermakna
  • Membuat tempahan penginapan pada kadar terbaik
  • Mengatur cuti kerja anda dengan lebih strategik

Tips Perancangan Percutian 2025

Kami tidak sekadar memberikan kalendar – kami menyediakan panduan lengkap untuk memaksimumkan setiap cuti! Setiap bulan menawarkan peluang unik untuk aktiviti keluarga, sama ada anda ingin:

  • Meneroka destinasi tempatan yang menakjubkan
  • Mengadakan perhimpunan keluarga
  • Mengisi masa dengan aktiviti riadah berkualiti
  • Mendedahkan anak-anak kepada pengalaman baharu

⚠️ Amaran Bajet: Harga tiket penerbangan dijangka meningkat pada tahun 2025. Perancangan awal adalah kunci untuk mendapatkan tawaran terbaik!

Tip Jimat Khas

Simpan wang dengan merancang lebih awal, memilih destinasi tempatan, dan mengambil kesempatan daripada promosi yang tersedia.

Mulakan Perancangan Anda Hari Ini!

Jangan tunggu sehingga minit terakhir. Kalendar cuti sekolah 2025 ini adalah alat perancangan yang anda perlukan untuk tahun penuh kegembiraan dan kenangan keluarga!

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Januari

Januari 2025

  • 1 Jan 2025: Tahun Baru (Selain Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  • 14 Jan 2025: Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
  • 17 Jan 2025 - 16 Feb 2025: Cuti Akhir Tahun 2024
  • 27 Jan 2025: Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
  • 29 Jan 2025 - 30 Jan 2025: Cuti Tahun Baru Cina
Cuti Umum
4 Hari
Cuti Negeri
1 Hari
Cuti Penggal Sekolah
16 Hari

Tips Jalan Jalan

Bulan Januari ada cuti sekolah panjang bersama cuti raya Cina. Bulan ini ada musim sejuk, sesuai untuk main salji di Eropah, Turki, Korea, Jepun dan China. Nak healing di Pulau? Phuket Thailand. Cuaca cantik dan laut tenang kerana di berada pantai barat.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Februari

Februari 2025

  • 17 Jan 2025 - 16 Feb 2025: Cuti Akhir Tahun 2024
  • 1 Feb 2025: Hari Wilayah Persekutuan
  • 11 Feb 2025: Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulai Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
Cuti Umum
1 Hari
Cuti Negeri
1 Hari
Cuti Penggal Sekolah
16 Hari

Tips Jalan Jalan

Februari adalah bulan yang sesuai untuk menikmati musim sejuk yang semakin berakhir di negara-negara seperti Jepun, Korea dan Eropah Timur. Waktu inilah yang tepat untuk ke Gunung Fuji atau kawasan salji di Hokkaido. Kalau suka pantai, boleh ke Krabi, sebab cuaca okay di sana.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Mac

Mac 2025

  • 31 Mac 2025 - 1 April 2025: Cuti Hari Raya
  • 2 Mac 2025: Awal Ramadhan (Johor, Kedah & Melaka)
  • 4 Mac 2025: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
  • 18 Mac 2025: Hari Nuzul Al-Quran (Selain Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
Cuti Umum
3 Hari
Cuti Negeri
1 Hari
Cuti Penggal Sekolah
0 Hari

Tips Jalan Jalan

Bulan Mac adalah bulan puasa. Tapi bulan ini juga permulaan musim bunga di negara-negara seperti Jepun, Korea dan Taiwan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bunga sakura di Jepun atau Korea Selatan. Umrah Ramadhan? Kami boleh arrange.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan April

April 2025

  • 31 Mac 2025 - 1 April 2025: Cuti Hari Raya
  • 2 April 2025 - 4 April 2025: Cuti Tambahan
  • 18 April 2025: Good Friday (Sabah & Sarawak)
  • 26 April 2025: Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Cuti Umum
4 Hari
Cuti Negeri
2 Hari
Cuti Penggal Sekolah
0 Hari

Tips Jalan Jalan

April adalah masa terbaik untuk mengunjungi Australia dan New Zealand kerana mereka sedang dalam musim luruh. Anda akan menikmati pemandangan daun-daun bertukar warna di kawasan seperti Melbourne dan Queenstown. Bagi yang inginkan percutian berpantai, Maldives atau Boracay, Filipina, adalah destinasi tropika yang menakjubkan.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Mei

Mei 2025

  • 29 Mei 2025 - 9 Jun 2025: Cuti Penggal 1
  • 1 Mei 2025: Hari Pekerja
  • 12 Mei 2025: Hari Wesak
  • 17 Mei 2025: Hari Keputeraan Raja Perlis
  • 22 Mei 2025: Hari Hol Pahang
  • 30 Mei 2025 - 31 Mei 2025 (Labuan & Sabah): Pesta Kaamatan
Cuti Umum
2 Hari
Cuti Negeri
4 Hari
Cuti Penggal Sekolah
3 Hari

Tips Jalan Jalan

Mei adalah bulan yang tenang sebelum musim cuti besar bermula. Ini masa terbaik untuk lawatan ke Eropah seperti Itali, Perancis, dan Sepanyol sebelum tiba musim panas. Untuk destinasi pantai, Aceh, Bali, Labuan Bajo, Lombok berada di dalam musim kering dan sempurna untuk aktiviti snorkeling dan menyelam.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Jun

Jun 2025

  • 29 May 2025 - 9 Jun 2025: Cuti Penggal 1
  • 1 Jun 2025 - 2 Jun 2025 (Sarawak): Hari Gawai
  • 2 Jun 2025: Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
  • 7 Jun 2025: Hari Raya Haji
  • 15 Jun 2025: Hari Keputeraan Sultan Kedah
  • 27 Jun 2025: Awal Muharram
Cuti Umum
2 Hari
Cuti Negeri
3 Hari
Cuti Penggal Sekolah
9 Hari

Tips Jalan Jalan

Cuti sekolah pertengahan tahun menjelang. Jun bulan sesuai untuk percutian beli belah keluarga di Bangkok. Musim panas di negara Eropah juga baru bermula, menjadikan destinasi seperti Paris dan London syurga beli belah. Kalau inginkan cuaca tropika, Koh Samui dan Kundasang adalah pilihan yang hebat.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Julai

Julai 2025

  • 7 Julai 2025: Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  • 12 Julai 2025: Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  • 22 Julai 2025: Hari Sarawak
  • 30 Julai 2025: Hari Keputeraan Sultan Pahang
Cuti Umum
0 Hari
Cuti Negeri
4 Hari
Cuti Penggal Sekolah
0 Hari

Tips Jalan Jalan

Musim panas di Eropah dan Amerika Utara mencapai puncaknya pada bulan Julai. Ini adalah masa yang ideal untuk melawat destinasi popular seperti Greece, Croatia, dan Turki. Pantai-pantai Mediterranean sangat cantik pada bulan ini. Di Asia, anda boleh ke Bromo yang cuacanya sempurna untuk aktiviti pantai.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Ogos

Ogos 2025

  • 24 Ogos 2025: Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
  • 31 Ogos 2025: Hari Kebangsaan
Cuti Umum
1 Hari
Cuti Negeri
1 Hari
Cuti Penggal Sekolah
0 Hari

Tips Jalan Jalan

Bulan ini tak ada cuti. Mungkin Cuti Hari Merdeka (Ahad) dibawa ke 1 September. Ogos adalah puncak musim panas di negara-negara Barat. Pilihan percutian termasuklah destinasi pantai di Itali seperti Amalfi Coast, atau menikmati keindahan pulau-pulau di Greece. Bagi yang nak bercuti tak jauh dari Malaysia, boleh ke Bali dan Labuan Bajo.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan September

September 2025

  • 13 Sept 2025 - 21 Sept 2025: Cuti Penggal 2
  • 5 Sept 2025: Maulidur Rasul
  • 16 Sept 2025: Hari Malaysia
  • 29 Sept 2025 - 30 Sept 2025: Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Cuti Umum
2 Hari
Cuti Negeri
2 Hari
Cuti Penggal Sekolah
9 Hari

Tips Jalan Jalan

Bulan September ni dah akhir musim panas di Eropah, dengan cuaca yang lebih nyaman dan kurang sesak. Sesuai untuk jalan jalan ke Portugal, Sepanyol, dan Turki. Kundasang juga sesuai untuk Cuti Penggal 2.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Oktober

Oktober 2025

  • 20 Oct 2025: Cuti Deepavali
  • 21 Oct 2025 - 22 Oct 2025: Cuti Tambahan
  • 4 Oct 2025: Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah)
  • 11 Oct 2025: Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak)
Cuti Umum
1 Hari
Cuti Negeri
2 Hari
Cuti Penggal Sekolah
0 Hari

Tips Jalan Jalan

Oktober adalah masa yang best untuk percutian ke Korea bagi menyaksikan musim luruh. Nami Island. Warna daun yang bertukar merah dan kuning mencipta suasana yang menakjubkan. Anda juga boleh mengunjungi destinasi di Eropah seperti Scotland dan Switzerland untuk menikmati pemandangan musim luruh.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan November

November 2025

  • 7 Nov 2025: Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
Cuti Umum
0 Hari
Cuti Negeri
1 Hari
Cuti Penggal Sekolah
0 Hari

Tips Jalan Jalan

November adalah bulan terbaik untuk melawat destinasi tropika seperti Pulau Maldives, Mauritius, atau Boracay. Di Asia Tenggara, anda boleh merancang percutian ke Koh Lipe di Thailand. Bagi yang inginkan musim luruh, Jepun dan Korea masih menawarkan pemandangan daun-daun luruh yang indah.

Photo by ZFB Travel. Kalendar cuti 2025 bulan Disember

Disember 2025

  • 20 Dis 2025 - 11 Jan 2026: Cuti Akhir Tahun
  • 25 Dis 2025: Cuti Christmas
  • 11 Dis 2025: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
Cuti Umum
1 Hari
Cuti Negeri
1 Hari
Cuti Penggal Sekolah
12 Hari

Tips Jalan Jalan

Cuti sekolah hujung tahun tiba. Disember adalah bulan yang sesuai untuk melawat destinasi sejuk seperti Turki, Switzerland, atau Jepun untuk menikmati suasana musim sejuk dan salji. Kalau inginkan percutian pantai, Krabi atau Phuket adalah pilihan yang baik.

Let's Travel

Explore favourite destinations from east to west.

Follow Our Journey

Stay connected with us on social media and be the first to know about our latest updates, trips, and promos.

ZFB Travel - Facebook and Instagram