Pakej Jelajah Silk Road Uzbekistan 8 Hari 6 Malam
Nikmati pengalaman epik menyusuri Laluan Sutera dengan pakej percutian eksklusif ke Uzbekistan selama 8 hari 6 malam! Pakej ini direka khas untuk anda yang ingin meneroka keunikan sejarah, seni bina Islam yang menakjubkan, serta keindahan alam semula jadi yang mempesona. Lebih menarik, semua percutian ini adalah pakej lengkap termasuk tiket penerbangan, makanan halal, dan penginapan yang selesa.
All-in Tour Termasuk Penerbangan & Makanan Halal
Hari 1: Kuala Lumpur - Tashkent (D)
Selamat datang ke Uzbekistan! Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Islam Karimov, anda akan disambut oleh wakil kami dan terus ke restoran untuk makan malam. Selepas itu, daftar masuk hotel dan berehat.
Hari 2: Tashkent - Bukhara (B/L/D)
Selepas sarapan, anda akan menaiki kereta api laju ke Bukhara. Setibanya di Bukhara, lawatan bandar bermula:
- Lyabi Khauz Ensemble – Kompleks seni bina bersejarah yang dikelilingi madrasah dan bazar lama.
- Kubah Perdagangan Bukhara – Bazaar terkenal yang menampilkan suasana klasik Jalan Sutera.
Makan tengah hari dan teruskan lawatan. Makan malam di restoran dan bermalam di Bukhara.
Hari 3: Jelajah Bukhara (B/L/D)
Selepas sarapan, sambung lawatan sekitar Bukhara:
- Makam Naqshbandi – Makam tokoh sufi terkenal.
- Makam Ismoil Somoni – Karya seni bina bersejarah abad ke-9.
- Makam Chashma Ayub – Tempat suci dengan mata air legenda Nabi Ayub.
- Kompleks Bolo Khouz – Masjid lama yang terletak di Dataran Registan.
- Kubu Ark – Kota lama yang menjadi kediaman pemerintah Bukhara.
Makan tengah hari dan malam di restoran tempatan. Bermalam di Bukhara.
Hari 4: Bukhara - Samarkand (B/L/D)
Selepas sarapan, perjalanan ke Samarkand dengan bas. Setibanya di Samarkand, anda akan melawat:
- Makam Imam Al-Bukhari – Tempat persemadian ulama hadis terkenal.
- Mausoleum Gur Emir – Makam Amir Temur dan kerabat diraja.
- Bazaar Tradisional – Pasar terkenal dengan pelbagai barangan tempatan.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Samarkand.
Hari 5: Samarkand - Tashkent (B/L/D)
Selepas sarapan, sambung lawatan di Samarkand:
- Dataran Registan – Jantung Samarkand dengan tiga madrasah bersejarah.
- Masjid Bibi Khanum – Masjid terbesar di Asia Tengah (pandangan luar).
- Kompleks Shakhi Zinda – Tempat suci sejak abad ke-11.
- Bazaar Siyob – Pasar kering terbesar di Asia Tengah.
Kemudian, menaiki kereta api laju Afrosiyob ke Tashkent. Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel.
Hari 6: Tashkent - Charwak - Tashkent (B/L/D)
Selepas sarapan, lawatan sehari ke kawasan semula jadi:
- Pergunungan Chimgan & Tasik Charvak – Destinasi percutian popular untuk aktiviti luar.
- Aktiviti santai – Menunggang kuda, paragliding, atau hanya menikmati pemandangan.
- Lawatan ladang epal – Cuba buah-buahan segar tempatan.
Kembali ke bandar untuk makan malam dengan persembahan tarian. Bermalam di Tashkent.
Hari 7: Jelajah Tashkent & Pulang ke KL (B/L/D)
Selepas sarapan, lawatan bandar sekitar Tashkent:
- Kompleks Hazrat Imam – Menyimpan Mushaf Othman yang diiktiraf UNESCO.
- Madrasah Kukeldash – Sekolah Islam sejak abad ke-16.
- Chorsu Bazaar – Syurga membeli-belah dengan harga boleh tawar-menawar.
- Bandar Tashkent – Lawatan ke Magic City, Dataran Kemerdekaan, dan Broadway Street.
Selepas makan malam, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Kenapa Pilih Pakej Ini?
- ✅ Pakej all-in termasuk tiket penerbangan dan makanan halal.
- ✅ Lawatan lengkap ke bandar-bandar utama di Uzbekistan.
- ✅ Pengalaman membeli-belah di bazar klasik Jalan Sutera.
- ✅ Pemandangan semula jadi yang memukau di Pergunungan Chimgan.
Jom jelajah Uzbekistan dan rasai pengalaman epik di sepanjang Jalan Sutera! Contoh makanan di Uzbekistan, Pilaf atau Plov
Note
Available dates: 15/9/2025 and 9/10/2025
Custom dates available at different price.